10 tahun hidup bersama. Sudah tertulis jodoh sampai di sini sahaja. Aku sah bercerai dengan Jofliam atas izin-Nya. Terima kasih untuk segalanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupon akhirnya tak bersama, itu tak bermakna semua kenangan itu sia-sia. Ini yang Allah takdirkan untuk kami. Dekat dunia ni tak ada apa milik kita. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah tahu apa yang terbaik.
Aku masih hormat dia sebagai ayah yang sangat baik dan bertanggungjawab kepada Han&yuki. Aku sebenarnya tak suka nak reveal hal rumah tangga dekat media sosial. Biar aku dengan dia saja tahu hal sebenar sebab masih belum ada keputusan. Aku tak nak keruhkan keadaan. Aku percaya setiap apa yang berlaku pasti akan ada jalan yang terbaik.Korang doakan aku dapat handle situasi ni dengan tenang dan matang.
Ada pengarah nak jadi kan aku pelakon lah cameo lah. aku ok je nak accept. Brand yang nak ajak collab boleh je DM tapi aku akan beraksi after habis iddah ok. Kang duda aku meroyan pulak cakap aku tak ada maruah. Lepas iddah aku mendonia🔥.
Jangan samakan duda aku dengan duda-duda lain. Duda aku spesis rare. Dia buat boleh, aku buat dia merentan. Macam harey😡. So aku decide, after iddah baru aku ambil apa-apa job.
Kalau lah orang tahu betapa tinggi nya kesabaran aku selama ni, ramai perempuan yang tak kan sanggup duduk tempat aku. Cuma aku yakin, Allah Maha Adil. Ujian Allah hendaklah diambil sebagai satu tanda kecintaan Allah kepada kita🤗.
Rajin peguam aku melayan aku nak catwalk di mahkamah syariah💃🏻. Mesti pening ekk peguam aku dapat anak guam macam aku. Hahaha👻. Jubah mendonia semestinya dari @jakeltextile ❤️.
Aneh-aneh ye promosi @JAKELTEXTILE ni. Apa-apa pon, Ingat kain ingat Jakel, Ingat Cik Epal pun ingat Jakel. Pastu kita mendonia🔥 @JAKEL® #IngatRayaIngatJakel #IngatKainIngatJakel
Isu menjaga maruah dalam tempoh iddah tu aku mintak maaf. Aku akan perbaiki kelemahan aku. Siapa je kahwin nak bercerai, so benda-benda dalam iddah ni benda yang pertama kali aku lalui. Itu silap aku. Terlepas pandang. Aku mintak maaf bagi contoh yang tidak baik.
Dalam hidup, aku percaya yang kalau aku berdamai dengan apa yang Allah takdirkan pada aku, kehidupan aku jadi lebih tenang. Setiap apa yang berlaku, setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah terbaik di sebalik segalanya. Aku yakin ada benda baik yang bakal Allah hadirkan dalam hidup aku. “Cukuplah Allah sebagai penolong, dan sebaik baik pelindung” Doakan aku menjadi wanita kuat berjaya buat anak-anak aku Han & Yuki 🥰. Jubah terlalu cantik semestinya @JAKELTEXTILE@JAKEL®